GURINDAM BAHASA KITA
Bahasa kebangsaan bahasa kita,
Bahasa melayu martabat bangsa
Bersama tinta di hujung pena,
lembaran bahasa sering disuara
Bahasa bonda pencetus idea,
Memberi makna di taman bicara
Kelopak kasih semaian bahasa,
haruman wangi bahasa bangsa
Bahasa suci seputih salju,
Di Gunung harapan kitakan maju
Bahasa kebangsaan jati diri kita,
jangan dipinggir perlu di cinta
Bahasa Melayu jangan dibejat,
memupuk bangsa hidup berdaulat
Menyarung jiwa bahasa bonda,
Pelita bahasa perlu perkasa
semarak bahasa jangan dilupa,
agar berkekalan tradisi kita
NUKILAN OLEH,
MOHD FAIZ BIN ABU HASAN &
NUR FADILAH BINTI ADNAN
UNTUKMU SAYANG
Terbayang-bayang di ingatanku,
memori indah kita bersama,
melakar kasih cinta sejati,
tersurat di hati hingga kini,
sebuah pertemuan di ukir senyuman,
teman sejati di akhir hayat,
janji kita hidup bersama,
biarpun halangan banyak menanti,
Duhai sayangku,
di mana janji manismu itu,
di mana sumpah setiamu,
di mana cintamu yang suci itu?,
Lupakah engkau janji kita,
Lupakah engkau kenangan kita,
Akhirnya...
Perpisahan kita berakhir kedukaan,
kekasih sejati tinggalkan cinta,
lupakan janji lupakan sayang,
biarpun tangisan darah menitis
Duhai kekasih,
aku terima dengan redhanya,
biarlah ini menjadi kenangan,
sebagai memori cinta kita,
Pesanku buatmu sayang,
hiduplah menjadi dirimu,
walau cinta silih berganti,
agar suatu hari nanti,
aku akan masih mencintaimu...
NUKILAN OLEH,
MOHD FAIZ BIN ABU HASAN
karya ini telah diterbitkan di akhbar
Skor, BH,pada 17 April 2009
SEKOLAH KAMI
SMK Lubok China sekolah kami,
Sekolah cantik indah sekali,
Seluruh warga aman harmoni,
Bakal membentuk pencetus inovasi.
Tapak luas besar sekali,
Bangunan tinggi megah berdiri,
Dari jauh boleh dikenali,
Menjadi mercu sekolah ini.
Para guru bersemangat tinggi,
Nadi penggerak kawasan ini,
Membentuk pelajar bijak bestari,
Agar berjaya di suatu hari.
Semua pelajar riang sekali,
Bukan pencalar nama dan reputasi,
Setiap peraturan sentiasa patuhi,
Agar berjaya tingkatkan prestasi.
Pelajar bangga belajar di sini,
Pendidik baik sering di senangi,
Pelajar cemerlang ramai di sini,
Bakal pemimpin dan juga menteri.
Inilah dia sekolah kami,
Mainan dunia banyak sekali,
Segala rintangan sama di tempuhi,
Agar membentuk sekolah abadi.
Sekolah ini sekolah kami,
Antara sekolah sering di contohi,
Walaupun jauh sering diingati,
Yang jauh di mata dekat di hati.
nukilan:
mohd faiz b. abu hasan
{5 smart thinker}
Kawan
Untuk semua kawan-kawanku..
Semalam kita jadi kawan
Kerana kenangan silam...
Hari ini kita masih berkawan
Kerana janji semalam..
Esok kita akan terus berkawan
Kerana hari ini kita saling mendoakan...
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan
kerana esok kita ada azam..
Tapi..andai esok tiada lagi,
Kita tetap kawan
Kerana selamanya dalam kenangan...
ikhlas dari:
Alyn 4KM1 2009
BAIT INDAH CINTA KITA
Jangan gugurkan dedaun cinta kita
Yang bergantung pada ranting kasih kita
Yang bertunjangkan janji setia
Yang bakal membuahkan erti kehidupan sebenar
Jangan penuhkan lalang kebencian
Diperdu ketulusan hati kita
Serangga racun pemanis cinta jangan diikutkan
Kerana bakal menghisap madu bunga kita
Serulah rerama pembawa cahaya
Yang setia menjaga suci bunga cinta kita
Suburkanlah pepohon syahdu kita
Yang dipayungi langit keikhlasan
Yang berambalkan awan kenangan
Yang diiringi bayu mesra kerinduan
Ayuh kita binakan mahligai kasih sejati
Bertunggakkan tiang keteguhan hati kita
Penuhkan rasa sayang dia anjung percintaan
Lalu kita selusuri tangga kesejahteraan
Yang berlantaikan permaidani sulaman kasih
Kanku selak tirai kedamaian
Menjenguk jendela kesucian
Menerobos pandangan mata
Yang penuh panorama kesejahteraan
Yang ditemani busaan bayu penenang jiwa
Bintang malam dahulunya terang
Kini gelita dihiasi noda derita
Gema guruh pembawa kehancuran
Diiringi petir penuh penipuan
Dirimu kini diracuni bisa kecurangan
Yang tiada penawar penyembuh abadi
Roboh sudah teratak kasih kita
Ku harap ada nur dijiwamu
Kenangan kita gugur dibingkai hatimu
Tinta kasih yang disulami pada sutera cinta
Kudamba kau selitkan pada jiwa sucimu
KaRYa;
muhammad zuyyin
mohd faiz
5 sMArt ThinKer[5ST]
IBU TERCINTA
Ibu pernah mengusirku keluar dari rumah
tetapi menangis ketika aku susah
Ibu tak boleh memejamkan mata
bila adikku tak boleh tidur kerana lapar
Ibu akan marah besar
bila kami merebut makan
yang bukan hak kami
Ibuku memberi pelajaran keadilan
dengan kasih sayang
Ketabahan ibuku berusaha
mengubah rasa sayur murah
menjadi sedap....
Ibu menangis ketika aku mendapat susah
Ibu menangis ketika aku bahagia
Ibu menangis ketika adikku mencuri sepatu
Ibu menangis ketika adikku keluar penjara
Ibu adalah hati yang rela menerima
selalu disakiti oleh anak-anak
penuh maaf dan ampun
kasih-sayang ibu
adalah kilau sinar keajaiban Tuhan
membangkitkan haru insan
dengan kebajikan
Ibu mengenalkan aku kepada Tuhan
Oh, Tuhan....
Kau berilah Syurga Firdausi
untuk ibuku yang tercinta...
NUKILAN:
NOOR IZZATI OMAR
5 KAA
Ibu mithali
ibu mithali ibu sejati
tunggak pada keluarga bahagia
syurga di bawah tapak kaki ibu
setia kami kepadamu,ummul mukminin
contohilah semua para ibu
Kau contohi takwa
Kau contohi sabar
Kau contohi semua
Dari ibu,ibu mithali
Ibu mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia
Kaulah pembimbing pendidik pengasuh
Sifatmu penyayang pengasih,ummul mukminin
Contohilah semua para ibu
Kau contohi takwa
Kau contohi sabar
Kau contohi semua
Dari ibu,ibu mithali
Ibu mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia
Kaulah pembimbing pendidik pengasuh....sifatmu
Petikan dari lagu IBU MITHALI..
OLEH:
NOR ADILAH BINTI ALI YUNUS
5 KAA
INILAH MASANYA
Jika kau ingin menyintai Ibu
Cintailah Ibu sekarang
supaya Ibu tahu bahawa
keindahan dan kelembutan kasih
yang mengukir kudus daripada sanubarimu
Cintailah Ibu sekarang
semasa Ibu masih hidup
usah tunggu sehingga Ibu telah pergi
kemudian barulah diukir di batu nisan
dengan kata-kata indah
pada sekujur batu yang sepi
Jika kau memiliki ingatan manis
buat diri Ibu
tunjukkan pada Ibumu sekarang
Jika kau tunggu sehingga Ibu mati
sudah pasti Ibu tak dapat mendengar
kerana kita dibatasi kelemahan
Oleh itu,
Jika kau mencintai Ibu
walaupun hanya secebis
daripada lautan
Hidupmu
lafazkan dan buktikan sekarang
sementara Ibu masih hidup
agar Ibu dapat menikmati dan menyanjunginya.....
Oleh:
Nur Syahirah Mohd Radzi
5KAA
ISTIMEWANYA SEORANG WANITA BERNAMA IBU
PAHALA WANITA BERSALIN
apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah...
KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
apabila seseorang peempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya...
KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK
apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
PAHALA MEMELIHARA ANAK
apabila semalaman ibu tidak tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba yang ikhlas untuk membela agama Allah...
KEISTIMEWAAN ANAK PEREMPUAN
barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah kita mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail...
GANJARAN WANITA SOLEHAH
perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu Syurga yang dikehendakinya...
KEUTAMAAN TERHADAP IBU
apabila kamu dipanggil oleh kedua-dua ibu bapamu, maka jawablah panggilan daripada ibumu dahulu...
GANJARAN MEMELIHARA ANAK
wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku (Nabi Muhammad SAW) di dalam Syurga
IHSAN TERHADAP PEREMPUAN
barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, Syurga ialah tempatnya...
OLEH:
NOOR IZZATI OMAR
5KAA
READ MORE - Karya Warga SMKLC
Bahasa kebangsaan bahasa kita,
Bahasa melayu martabat bangsa
Bersama tinta di hujung pena,
lembaran bahasa sering disuara
Bahasa bonda pencetus idea,
Memberi makna di taman bicara
Kelopak kasih semaian bahasa,
haruman wangi bahasa bangsa
Bahasa suci seputih salju,
Di Gunung harapan kitakan maju
Bahasa kebangsaan jati diri kita,
jangan dipinggir perlu di cinta
Bahasa Melayu jangan dibejat,
memupuk bangsa hidup berdaulat
Menyarung jiwa bahasa bonda,
Pelita bahasa perlu perkasa
semarak bahasa jangan dilupa,
agar berkekalan tradisi kita
NUKILAN OLEH,
MOHD FAIZ BIN ABU HASAN &
NUR FADILAH BINTI ADNAN
UNTUKMU SAYANG
Terbayang-bayang di ingatanku,
memori indah kita bersama,
melakar kasih cinta sejati,
tersurat di hati hingga kini,
sebuah pertemuan di ukir senyuman,
teman sejati di akhir hayat,
janji kita hidup bersama,
biarpun halangan banyak menanti,
Duhai sayangku,
di mana janji manismu itu,
di mana sumpah setiamu,
di mana cintamu yang suci itu?,
Lupakah engkau janji kita,
Lupakah engkau kenangan kita,
Akhirnya...
Perpisahan kita berakhir kedukaan,
kekasih sejati tinggalkan cinta,
lupakan janji lupakan sayang,
biarpun tangisan darah menitis
Duhai kekasih,
aku terima dengan redhanya,
biarlah ini menjadi kenangan,
sebagai memori cinta kita,
Pesanku buatmu sayang,
hiduplah menjadi dirimu,
walau cinta silih berganti,
agar suatu hari nanti,
aku akan masih mencintaimu...
NUKILAN OLEH,
MOHD FAIZ BIN ABU HASAN
karya ini telah diterbitkan di akhbar
Skor, BH,pada 17 April 2009
SEKOLAH KAMI
SMK Lubok China sekolah kami,
Sekolah cantik indah sekali,
Seluruh warga aman harmoni,
Bakal membentuk pencetus inovasi.
Tapak luas besar sekali,
Bangunan tinggi megah berdiri,
Dari jauh boleh dikenali,
Menjadi mercu sekolah ini.
Para guru bersemangat tinggi,
Nadi penggerak kawasan ini,
Membentuk pelajar bijak bestari,
Agar berjaya di suatu hari.
Semua pelajar riang sekali,
Bukan pencalar nama dan reputasi,
Setiap peraturan sentiasa patuhi,
Agar berjaya tingkatkan prestasi.
Pelajar bangga belajar di sini,
Pendidik baik sering di senangi,
Pelajar cemerlang ramai di sini,
Bakal pemimpin dan juga menteri.
Inilah dia sekolah kami,
Mainan dunia banyak sekali,
Segala rintangan sama di tempuhi,
Agar membentuk sekolah abadi.
Sekolah ini sekolah kami,
Antara sekolah sering di contohi,
Walaupun jauh sering diingati,
Yang jauh di mata dekat di hati.
nukilan:
mohd faiz b. abu hasan
{5 smart thinker}
Kawan
Untuk semua kawan-kawanku..
Semalam kita jadi kawan
Kerana kenangan silam...
Hari ini kita masih berkawan
Kerana janji semalam..
Esok kita akan terus berkawan
Kerana hari ini kita saling mendoakan...
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan
kerana esok kita ada azam..
Tapi..andai esok tiada lagi,
Kita tetap kawan
Kerana selamanya dalam kenangan...
ikhlas dari:
Alyn 4KM1 2009
BAIT INDAH CINTA KITA
Jangan gugurkan dedaun cinta kita
Yang bergantung pada ranting kasih kita
Yang bertunjangkan janji setia
Yang bakal membuahkan erti kehidupan sebenar
Jangan penuhkan lalang kebencian
Diperdu ketulusan hati kita
Serangga racun pemanis cinta jangan diikutkan
Kerana bakal menghisap madu bunga kita
Serulah rerama pembawa cahaya
Yang setia menjaga suci bunga cinta kita
Suburkanlah pepohon syahdu kita
Yang dipayungi langit keikhlasan
Yang berambalkan awan kenangan
Yang diiringi bayu mesra kerinduan
Ayuh kita binakan mahligai kasih sejati
Bertunggakkan tiang keteguhan hati kita
Penuhkan rasa sayang dia anjung percintaan
Lalu kita selusuri tangga kesejahteraan
Yang berlantaikan permaidani sulaman kasih
Kanku selak tirai kedamaian
Menjenguk jendela kesucian
Menerobos pandangan mata
Yang penuh panorama kesejahteraan
Yang ditemani busaan bayu penenang jiwa
Bintang malam dahulunya terang
Kini gelita dihiasi noda derita
Gema guruh pembawa kehancuran
Diiringi petir penuh penipuan
Dirimu kini diracuni bisa kecurangan
Yang tiada penawar penyembuh abadi
Roboh sudah teratak kasih kita
Ku harap ada nur dijiwamu
Kenangan kita gugur dibingkai hatimu
Tinta kasih yang disulami pada sutera cinta
Kudamba kau selitkan pada jiwa sucimu
KaRYa;
muhammad zuyyin
mohd faiz
5 sMArt ThinKer[5ST]
IBU TERCINTA
Ibu pernah mengusirku keluar dari rumah
tetapi menangis ketika aku susah
Ibu tak boleh memejamkan mata
bila adikku tak boleh tidur kerana lapar
Ibu akan marah besar
bila kami merebut makan
yang bukan hak kami
Ibuku memberi pelajaran keadilan
dengan kasih sayang
Ketabahan ibuku berusaha
mengubah rasa sayur murah
menjadi sedap....
Ibu menangis ketika aku mendapat susah
Ibu menangis ketika aku bahagia
Ibu menangis ketika adikku mencuri sepatu
Ibu menangis ketika adikku keluar penjara
Ibu adalah hati yang rela menerima
selalu disakiti oleh anak-anak
penuh maaf dan ampun
kasih-sayang ibu
adalah kilau sinar keajaiban Tuhan
membangkitkan haru insan
dengan kebajikan
Ibu mengenalkan aku kepada Tuhan
Oh, Tuhan....
Kau berilah Syurga Firdausi
untuk ibuku yang tercinta...
NUKILAN:
NOOR IZZATI OMAR
5 KAA
Ibu mithali
ibu mithali ibu sejati
tunggak pada keluarga bahagia
syurga di bawah tapak kaki ibu
setia kami kepadamu,ummul mukminin
contohilah semua para ibu
Kau contohi takwa
Kau contohi sabar
Kau contohi semua
Dari ibu,ibu mithali
Ibu mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia
Kaulah pembimbing pendidik pengasuh
Sifatmu penyayang pengasih,ummul mukminin
Contohilah semua para ibu
Kau contohi takwa
Kau contohi sabar
Kau contohi semua
Dari ibu,ibu mithali
Ibu mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia
Kaulah pembimbing pendidik pengasuh....sifatmu
Petikan dari lagu IBU MITHALI..
OLEH:
NOR ADILAH BINTI ALI YUNUS
5 KAA
INILAH MASANYA
Jika kau ingin menyintai Ibu
Cintailah Ibu sekarang
supaya Ibu tahu bahawa
keindahan dan kelembutan kasih
yang mengukir kudus daripada sanubarimu
Cintailah Ibu sekarang
semasa Ibu masih hidup
usah tunggu sehingga Ibu telah pergi
kemudian barulah diukir di batu nisan
dengan kata-kata indah
pada sekujur batu yang sepi
Jika kau memiliki ingatan manis
buat diri Ibu
tunjukkan pada Ibumu sekarang
Jika kau tunggu sehingga Ibu mati
sudah pasti Ibu tak dapat mendengar
kerana kita dibatasi kelemahan
Oleh itu,
Jika kau mencintai Ibu
walaupun hanya secebis
daripada lautan
Hidupmu
lafazkan dan buktikan sekarang
sementara Ibu masih hidup
agar Ibu dapat menikmati dan menyanjunginya.....
Oleh:
Nur Syahirah Mohd Radzi
5KAA
ISTIMEWANYA SEORANG WANITA BERNAMA IBU
PAHALA WANITA BERSALIN
apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah...
KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
apabila seseorang peempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya...
KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK
apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
PAHALA MEMELIHARA ANAK
apabila semalaman ibu tidak tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba yang ikhlas untuk membela agama Allah...
KEISTIMEWAAN ANAK PEREMPUAN
barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah kita mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail...
GANJARAN WANITA SOLEHAH
perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu Syurga yang dikehendakinya...
KEUTAMAAN TERHADAP IBU
apabila kamu dipanggil oleh kedua-dua ibu bapamu, maka jawablah panggilan daripada ibumu dahulu...
GANJARAN MEMELIHARA ANAK
wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku (Nabi Muhammad SAW) di dalam Syurga
IHSAN TERHADAP PEREMPUAN
barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, Syurga ialah tempatnya...
OLEH:
NOOR IZZATI OMAR
5KAA
BEST NYER....
ReplyDelete